Hijau
Lepas kerja tadi ziarah ke rumah Atuk Muar di Subang Jaya.. dia kurang sihat, sakit sana-sini, tuturnya lambat, satu-persatu.. tetapi hatinya kuat.
"Atuk sakit apa?"
"Sakit jantung, kencing manis, kepala pening-pening.. dah tak boleh bawak kereta, last sekali bawak masa pergi kenduri rumah awak haritu.."
Atuk Muar, 76 adalah veteran UMNO, perjuangan Atuk bermula pada 1969. Bekas Ketua Cawangan UMNO Muar ini pernah diangkat sebagai YB. Kemuncak karier politiknya adalah apabila menjadi ahli MT selepas penubuhan UMNO baru, dan beliau juga antara orang kuat Team A semasa krisis 1987 apabila Mahathir ditentang oleh Razaleigh dan Musa. Anak perempuan bongsunya, Ida Rahayu juga adalah calon Ketua Puteri dalam pemilihan tempohari dengan mendapat undi majoriti ketiga terbanyak daripada 6 calon.
Dari jam 8 meleret hingga ke jam 11 banyak perkara yang dibualkan.. cerita politik adalah harus, saya tidak menggalak dan tidak mengiya, hanya merenung dan mengamati dengan penuh minat, kekadang mengangguk juga.
Banyak yang diceritakan, penuh besemangat, ada diantaranya menebak di hati, dan ada diantaranya yang melucukan..
"Atuk paling respek masa tu Sanusi Junid, dia ni cerdik dan banyak idea, ada dalam satu ceramah tu dia cerita pasal sengketa Mahathir dan Musa..
"Ada seorang pengembala kerbau di Indonesia ni, dia mengalami masalah kerana kerbau-kerbaunya tidak mahu makan rumput di padang lapang.. bila di tanya oleh pakar haiwan mengapa kerbau tak mahu makan rumput? Sebab rumput di padang tu semuanya kuning, jadi kerbau-kerbau langsung tidak meragut rumput tersebut..
Pakar haiwan itu menjawab, Ohhh senang saja.. kamu pakaikan setiap seekor kerbau tu cermin mata warna hijau, mesti kerbau-kerbau tu akan makan rumput di padang tu sebab kerbau tu akan nampak rumput warna hijau..
Selepas tu Sanusi sambung, jadinya orang kita ni kena pakai cermin mata warna hijau, taklah nampak Mahathir tu asyik kuning je memanjang.. ada hijau ada kuning, ada yang silap dan ada yang betul, tetapi yang betul itu selalu tak dihargai.."

0 Comments:
Post a Comment
<< Home